Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Pelancaran Karnival SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Perayaan Stadium Sarawak, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak perhalusi insentif pemenang pingat SUKMA 2024 bagi acara berpasukan – Abdul Karim

ByRegina Lee

KUCHING, 17 Ogos: Kerajaan Sarawak akan memperhalusi pemberian insentif kepada para atlet yang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 melibatkan acara yang dipertandingkan secara berpasukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bakal dimuktamadkan sebelum tamatnya SUKMA 2024 pada 24 Ogos kelak.

“Apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pemberian insentif semalam, terdapat beberapa perkara yang mungkin belum diperhalusi terutamanya bagaimana hendak membezakan insentif antara acara berpasukan dan secara indidivu.

“Saya akan bertanya dengan Premier Sarawak untuk jumlah yang bakal diperuntukkan, pada masa ini saya tidak dapat dedahkan dahulu kerana ia melibatkan aspek kewangan negeri.

“Tapi yang penting ialah jumlah maksima RM15,000 (untuk pingat emas) itu memang pasti,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Perayaan Stadium Sarawak hari ini.

Katanya, inisiatif itu sesuata yang membanggakan dan dapat menyemarakkan lagi semangat para atlet dengan memetik contoh Stefanie Ngu yang memenangi tiga pingat emas untuk Sarawak dalam acara Wushu.

Mengulas lanjut beliau berkata, kontinjen Sarawak berada di landasan tepat untuk menjadi juara keseluruhan dengan meraih jumlah 12 pingat emas sekali gus mendahului kesemua negeri lain setakat ini.

Beliau bukan sahaja berharap Sarawak dapat menjadi juara keseluruhan pada SUKMA edisi kali ini, namun turut menjadi ‘runaway winner’.

“Sarawak kini kedudukan teratas, kalau kita lihat perbezaan pemerolehan pingat emas untuk tempat kedua setakat ini adalah tujuh pingat, berbanding Sarawak yang telah memperoleh 12 pingat emas.

“Perbezaanya amat ketara dan ia satu indikasi yang cukup membanggakan dan harapan kita ialah ia akan menyuntik semangat para atlet dalam acara sukan-sukan yang lain untuk meneruskan perjuangan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan