Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut, Kelvin Hii semasa sidang media Kem Latihan Debat Mandarin Dan Pertandingan Debat Bahasa Cina Daerah Miri Peringkat Sekolah di Pejabat SUPP Pujut pada Sabtu. Foto TVS

Debat tingkat kemahiran berkomunikasi pelajar

MIRI, 17 Ogos: Pelajar digalakkan menyertai program debat bagi melatih minda memahami secara lebih mendalam mengenai sesuatu topik.

Ketua Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut, Kelvin Hii berkata, ia juga sebagai platform untuk pelajar mencabar diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

“Apabila kita berbincang mengenai topik diberikan, kita boleh berfikir bagaimana menambah baik dan melakukan beberapa pengubahsuaian. Jadi saya fikir debat adalah aktiviti sangat baik untuk melatih minda serta kemahiran berkomunikasi pelajar.

“Kita berharap lebih ramai pelajar cuba mencabar diri dan menyertai kem latihan serta pertandingan. Ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Kem Latihan Debat Mandarin Dan Pertandingan Debat Bahasa Cina Daerah Miri Peringkat Sekolah di Pejabat SUPP Pujut pada Sabtu.

Program anjuran Kelab Belia Bestari Bandar Miri dan Kelab Debat Mandarin Universiti Curtin Miri itu mendapat  kerjasama Kelab Debat Sekolah Menengah (SM) Pei Min dan sokongan Pemuda SUPP Pujut.

Kem Latihan Debat Mandarin akan diadakan di Universiti Curtin Miri pada 31 Ogos dengan sasaran penyertaan seramai 60 orang dan terbuka bukan sahaja kepada pelajar tetapi orang awam yang berminat.

Yuran pendaftaran ialah RM68 sehingga 24 Ogos, selepas itu RM80.

Manakala Pertandingan Debat Cina Sekolah Menengah Daerah Miri 2024 diadakan di Universiti Curtin Miri pada 14 sehingga 16 September dan Pertandingan Debat Cina Sekolah Rendah Daerah Miri 2024 di SM Pei Min pada 20 sehingga 22 September.

Yuran pendaftaran setiap pasukan berjumlah RM150 untuk peringkat sekolah menengah dan RM100 untuk peringkat sekolah rendah, dengan kedua-duanya menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, trofi, pingat serta sijil penyertaan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pengerusi Penganjur, Samuel Ling (01157707876) atau Penasihat Penganjur, Henry Lim (0168941046). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan