Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakam gambar kenangan bersama tertamu yang hadir semasa Hari Eksport Sarawak di Hotel Imperial di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Dasar mesra perniagaan di Sarawak tarik minat pelabur asing – Awang Tengah

KUCHING, 17 Ogos: Dasar mesra perniagaan yang diamalkan Kerajaan Sarawak menarik minat pelaburan asing, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau dasar kemasukan pelaburan sedemikian meletakkan Sarawak menjadi tarikan pelabur utama di rantau.

Awang Tengah memberitahu akses kepada agenda memudahcara perniagaan telah jelas mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik terhadap ekonomi Sarawak.

“Mereka tertarik dengan dasar kami iaitu dasar mesra perniagaan.

“Kami membuat keputusan dengan cepat, kalau tidak ada apa soalan maka kami putuskan dengan segera,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Hari Eksport Sarawak di Hotel Imperial di Kuching pada Jumaat.

Sarawak menjadi bahagian penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama 2024 dengan menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan sekalihus meletakkannya di tempat negeri keempat dari segi aliran nilai pelaburan.

Perkara tersebut merupakan inisiatif Sarawak ke arah ekonomi hijau yang seiring dengan perancangan masa panjang Malaysia dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Langkah Sarawak ke arah menarik lebih banyak ekonomi hijau juga bertepatan dengan strategi pelaburan hijau Malaysia berpaksikan tujuh teras utama rendah karbon di bawah pelan NETR dan NIMP 2030, iaitu kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, biotenaga hidrogen, mobiliti hijau (darat, laut dan penerbangan), pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan ekonomi kitaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan