Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsul Jenderal Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksona merakam gambar kenangan bersama tertamu yang hadir semasa Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Borneo dan Brunei dipelawa jalin kerjasama dengan Nusantara

ByTVS

KUCHING, 17 Ogos: Indonesia berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama dalam kegiatan ekonomi bersama Borneo terutamanya Sarawak sejurus penempatan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan dirasmikan hari ini.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksona berkata Republik itu mengalu-alukan kerjasama berikutan mengambil kira jarak IKN yang hampir dengan Sarawak.

Menurutnya, kerjasama dengan negara serantau seperti Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak serta Brunei Darussalam akan memanfaatkan bidang perdagangan darat dan pengangkutan udara.

“Kita juga tentu sangat berharap dengan adanya ibu kota baru, ibu kota Nusantara yang ada di Kalimantan Timur, ini makin meningkatkan, makin memperkuat hubungan kerjasama Indonesia dengan Sarawak.

“Karena Sarawak akan negara jiran terdekat iaitu panjang sempadannya itu lebih dari 2000 kilometer iaitu separuh dengan Kalimantan Barat, ada sedikit di tengah itu Kalimantan Tengah Timur, di atas Kalimantan Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, kelebihan Sarawak dalam tenaga hijau juga diharapkan dapat membantu pembangunan Kalimantan.

Jelasnya, Sarawak Energy Berhad juga telah melabur janakuasa Malinau di Kalimantan dengan pegangan saham sebanyak 25 peratus dalam pembangunan hidro.

“Dengan berpindahnya ibu kota, kita berharap semua kerjasama yang kita laksanakan sampai saat ini, semakin dapat kita tingkatkan, boleh kita kolaborasikan di semua bidang, yang berpotensi. Salah satu contoh saja adalah di bidang energi, karena kita tahu Sarawak sangat kedepan dalam tenaga ya.

“Selama ini juga Sarawak sangat membantu Kalimantan Barat dengan memasok sekitar 100 sampai 200 megawatt tiap tahun dan kemudian juga telah dilaksanakan pembangunan atau pembinaan di Kalimantan Utara iaitu Mentarang Indo Project dengan kapasiti 1375 megawatt,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan