Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Bola Tampar Lelaki Sarawak, Pang Sii Chuong. Foto TVS

Bola tampar: Tuan rumah mudah tewaskan Pahang

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 17 Ogos: Pembuka tirai yang cukup baik bagi acara bola tampar dewan lelaki apabila Sarawak dengan mudahnya menewaskan pasukan lawan, Pahang dalam perlawanan pembukaan di Stadium Tertutup Bola Tampar Rejang Park di sini hari ini.

Bagaimanapun di sebalik kejayaan itu, ketua jurulatih pasukan tuan rumah, Pang Sii Chuong berkata beliau kurang berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan skuad bimbingannya.

“Pagi ini easy win (kemenangan mudah) tetapi bukan easy game (perlawanan mudah).

“Saya pun kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan saya, mungkin di bahagian teknikal ada sedikit kekurangan.

“Mungkin juga sebab ini adalah perlawanan pertama, (pemain) agak tertekan tetapi saya percaya untuk perlawanan seterusnya iaitu esok, mereka akan bermain dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui TVS selepas tamat perlawanan.

Juara bertahan SUKMA edisi lalu itu dengan mudah mengalahkan Pahang 25-19, 25-17, 25-16 dalam perlawanan pembukaan hari ini.

Bagi perlawanan seterusnya Sarawak dijangka bertemu Johor petang esok.

Manakala pasukan wanita Sarawak pula akan tampil pada perlawanan pertama menentang Terengganu pagi esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan