Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain bola tampar Sarawak sebelum meraih kemenangan pertama menentang Pahang di Stadium Bola Tampar Sibu, pada Sabtu. Foto TVS

Bola tampar dewan: Langkah kanan Sarawak jentik semangat semua atlet

SIBU, 17 Ogos: Kemenangan pasukan tuan rumah menerusi acara bola tampar dewan Kumpulan A menentang Pahang hari ini menyuntik semangat kesemua atlet yang mewakili wilayah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Asek, Chieng Jin Ek, berkata langkah kanan pasukan itu merupakan satu pencapaian positif bagi memastikan Sarawak kekal berada pada momentum terbaik sebelum perlawanan seterusnya.

“Kita gembira dengan kemenangan ini dan saya berharap prestasi kita dikekalkan hilang ke penghujung temasya ini nanti.

“Yang pasti, perjalanan masih jauh,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan antara Sarawak dan Pahang di Stadium Bola Tampar, Taman Rejang di sini, hari ini.

Dalam perlawanan itu, Sarawak menewaskan Pahang 3-0 melalui catatan mata 19-25, 25 -17 dan 16-25.

Berhubung insentif yang diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam, Chieng berkata, berita mengembirakan itu berupaya menyuntik semangat atlet.

“Ia menggalak atlet Sarawak berusaha meraih kemenangan. Bagi saya pemberian, insentif RM15,000, perak (RM5,000), dan gangsa (RM3,000) adalah sesuatu yang sangat menarik untuk pasukan Sarawak.

“Saya percaya, pemberian itu berupaya memotivasikan atlet kita untuk melakukan yang terbaik, dan sudah pasti, sasaran Sarawak adalah untuk menjadi juara keseluruhan,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pasukan berkenaan agar terus fokus agar matlamat untuk memburu kemenangan sebenar menjadi kenyataan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan