Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kem Wushu Sarawak menyumbang 3 pingat emas, 5 perak and 4 gangsa untuk Sarawak. Foto TVS

Wushu: Sarawak julang 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa

ByKah Joo

KUCHING, 16 Ogos: Kem Wushu Sarawak menutup tirai dengan cemerlang dengan pencapaian meraih tiga pingat emas, lima perak dan empat gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Hari pertama acara itu membuka tirai, tuan rumah berjaya memenangi masing-masing satu emas, perak dan gangsa dengan menyaksikan Stephanie Ngu Chai Ern raih emas menerusi kategori Changquan wanita(9.603), Carmen Chaw Jia Min mendapat perak dalam kategori Taijijian Wanita (9.530) dan Fung Tai Leong pulang dengan gangsa dalam kategori Nanquan lelaki (9.560).

Seterusnya pada hari kedua, Sarawak merangkul satu emas dan dua gangsa, iaitu dalam kategori Jianshu wanita daripada Stephanie Ngu Chai Ern (9.610), kategori Taijiquan Wanita daripada Carmen Chaw Jia Min(9.573) and kategori Taijiquan Lelaki daripada Mok Xiao Yuan(9.593).

Manakala pada hari terakhir, Sarawak sekali lagi membuahkan satu emas daripada Stephanie Ngu Chai Ern dalam kategori Qiangshu wanita, empat perak pula hasil Fong Chai Xin dalam kategori Gunshu wanita, Belda Chan Zhi Yi dalam kategori Nandao wanita, Bong Shen Hiu (kategori Sanda lelaki 52kg) dan Viviera Junai Anak Justine Jawan (kategori Sanda perempuan 56kg) dan satu gangsa diraih Fung Tai Leong dalam kategori Nandao lelaki.

Acara Wushu SUKMA Sarawak 2024 melabuhkan tirainya hari ini selepas tiga hari bertarung di Dewan Wushu SSC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan