Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stephanie Ngu Chai Ern membawa satu lagi berita baik untuk kontinjen Sarawak apabila memenangi pingat emas ketiga. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Stephanie Ngu terus cemerlang, menang emas ketiga

ByKah Joo

KUCHING, 16 Ogos: Atlet wushu Sarawak Stephanie Ngu Chai Ern membawa satu lagi berita baik untuk kontinjen Sarawak apabila memenangi pingat emas ketiga.

Menerusi acara wushu Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang memasuki hari terakhir, Stephanie Ngu terus menunjukkan semangat juang tinggi dalam acara qiangshu wanita dengan aksi yang hebat menewaskan 11 pencabar sekali gus melayakkannya pingat emas(9.606).

Ini adalah pingat emas ketiga yang diperolehi Stephanie Ngu, pingat pertama menerusi wushu changquan (9.603) dan pingat kedua adalah dari acara qiangshu (9.610).

Stephanie Ngu yang berusia 20 tahun berkata ini adalah penyertaan kali terakhir dalam SUKMA dan beliau telah memenangi emas dalam ketiga-tiga acara disertainya.

Beliau juga altet pertama yang memenangi tiga pingat emas pada temasya Sukma ini.

Pingat perak dimenangi altet Wilayah Persekutuan, Lee Cheng Wei dengan 9.570 mata dan altet Penang Tang Koh Ming dengan 9.553 mata sekali gus membawa pulang pingat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan