Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih badminton Melaka, Choy Ah Sang (kiri) dan ketua jurulatih badminton Negeri Sembilan, Mohd Razif. Foto Zaim Zharfan (TVS)

SUKMA: Kem badminton Melaka hilang seorang ‘ayam tambatan’

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 16 Ogos: Harapan membawa pulang kilauan emas untuk Melaka bagi sukan badminton kini terletak pada bahu pasangan beregu campuran, Aaron Tai-Noraqilah Maisarah.

Ketua jurulatih pasukan itu, Choy Ah Sang berkata ia susulan kecederaan yang dialami pemain pilihan Siti Zulaikha dan terpaksa menarik diri pada saat akhir.

“Siti Zulaikha juga salah seorang pemain terbaik bawah 18 tahun. Di usia 16 tahun beliau sudah menjadi juara kebangsaan bawah 18 tahun.

“Nasib (Melaka) kurang baik, seminggu sebelum bertolak (ke Sarawak), kita diberitahu Siti Zulaikha mengalami kecederaan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lepaskan (Siti Zulaikha),” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui selepas sesi penyesuaian gelanggang pasukan Melaka di Stadium Tertutup Sibu di sini hari ini.

Ujarnya buruan emas kini tertumpu kepada Aaron Tai-Noraqilah Maisarah memandangkan mereka mempunyai kelebihan di atas Aaron Tai yang merupakan pemain Kejohanan Badminton World Junior.

Dalam pada itu, ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan Mohd Razif berkata negeri itu menyasarkan dua pingat iaitu satu daripada kategori individu manakala satu lagi daripada kategori berpasukan.

“Kategori individu kita sasarkan sekurang-kurangnya perak dan gangsa untuk berpasukan, separuh akhir.

“Saya berharap para pemain saya boleh lakukan yang terbaik, jangan gugup. Main seperti mereka dalam latihan, itu sahaja.

“Sebelum ini mereka sudah pernah mewakili negeri dan negara, justeru pada saya, kekuatan mental itu bukan lagi satu masalah,” katanya.

Acara badminton akan bermula pada 17 Ogos dengan menyaksikan kategori berpasukan berentap terlebih dahulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan