Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri, Batter (pemukul) pasukan sofbol Selangor dan pitcher (pelempar bola) pasukan Sarawak dalam aksi perlawanan di IKBN Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Sofbol: Sarawak berjuang menentang Terengganu esok

ByAkma Salleh

MIRI, 16 Ogos: Kem sofbol Sarawak berikrar untuk terus berjuang untuk menjulang kemenangan dalam perlawanan menentang Terengganu, pada esok.

Komitmen itu diluahkan jurulatih pasukan sofbol Sarawak, Aaron Abel Donald meskipun peluang untuk pasukannya mara ke separuh akhir adalah tipis selepas kalah menetang Johor (8-9) semalam dan Selangor (3-11) hari ini.

Aaron mengulas bahawa Sarawak kecundang kali ini berikutan Selangor mempunyai batter (pemukul) terbaik dalam kumpulan berkenaan.

Menurutnya, kebolehan dan prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh batter itu membantu Selangor menang dengan skor akhir 11-3 menentang Sarawak petang ini.

“Mereka mempunyai batter dan batting yang baik, sedangkan kita hari ini kurang memuaskan dalam aksi pukulan.

Ia sangat mengecewakan kerana skor tersebut sangat jauh tetapi kita masih ada perlawan ketiga esok (17 Ogos) dan kita masih berjuang,” katanya.

Aaron berkata demikian kepada media selepas perlawanan sofbol kategori lelaki di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, hari ini.

“Pada mulanya kita bermain dengan baik iaitu 1-2 dan 3-3. Namun pada innings ke empat mereka (Selangor) mula memintas pasukan kita.

Kita kalah menentang Selangor dengan skor akhir 3-11 dan peluang untuk kita mara ke separuh akhir itu agak tipis,” katanya.

Bagaimanapun, Aaron berkata, pasukan Sarawak tidak akan menyerah dan akan melakukan terbaik esok, (17 Ogos) dalam menentang Terengganu.

“Hari ini sememangnya hari yang mengecewakan buat Sarawak, tapi kita masih ada satu lagi perlawanan esok menentang Terengganu. Kalau kita lihat semalam Terengganu juga mempunyai batter yang padu.

“Jadi fokus kita ialah untuk mengatasi saingan batter dengan mempersiapkan pitcher (pelempar bola) kita, kerana picher biasanya pandai mengganggu masa batter.

“Saya harap pitcher esok akan bermain dengan bijak dan seterusnya boleh melempar bola dengan betul dan bukan bola yang senang dipukul,” tegasnya lagi.

Pasukan Sofbol lelaki yang diletakkan dalam kumpulan D akan bertemu Terengganu esok pada jam 2 petang, manakala pasukan wanita pula akan menentang Pahang dalam aksi kumpulan D. – TVS

Tags: Sofbol, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan