Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vanessa Emelda (tengah) bersama dengan rakan sepasukannya semasa ditemui TVS di Pusat Media Stadium Muhibbah Bintulu. Foto Steward Dawi

Sepak takraw: Sarawak berikrar aksi terbaik berdepan Perak

BySteward Dawi

BINTULU, 16 Ogos: Kem sepak takraw wanita Sarawak berikrar untuk beraksi dengan baik semasa berdepan Perak hari ini.

Tekongnya, Vanessa Emelda berkata kejayaan membenam skuad Pulau Pinang 3-0 dalam perlawanan semalam menjadi pembakar semangat bagi perlawanan yang bermula jam 2.30 petang tadi.

“Kami perlu terus yakin pada diri sendiri, konsisten dan fokus.

“Kami percaya boleh melakukan yang terbaik serta kuat,” katanya semasa ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Muhibbah, Bintulu pada Khamis.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Pasukan Sarawak, Mohamad Fathan Akhba Radua berpuas hari melihat prestasi dan kesungguhan yang ditonjolkan anak buahnya setakat ini semasa berada di atas gelanggang permainan.

“Bagaimanapun misi belum habis dan kami akan meneruskan perjuangan dan esok (hari ini) kami akan menentang Perak dan saya harap pemain akan mengekalkan momentum perlawanan yang konsisten,” jelasnya.

Tambahnya, selepas mendapat kemenangan dua kali setakat ini, pemain-pemain akan terus memberi fokus dan komitmen yang tinggi untuk lolos ke perinngkat separuh akhir dan akhir.

Terdahulu, skuad wanita Sarawak itu mahu ‘tunjuk taring’ dalam perlawanan seterusnya dan menggunakan input yang dipelajari sepanjang menjalani latihan di luar Sarawak termasuk di Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan