Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Perlis berhasrat untuk menjadi setanding Sarawak dalam sektor penanaman dan pengeluaran padi. Foto TVS

Perlis ingin setanding Sarawak dalam pengeluaran padi

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Ogos: Kerajaan Perlis komited untuk setanding dengan Sarawak dalam sektor penanaman dan pengeluaran padi.

Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli berkata, meskipun keluasan kawasan bagi penanaman padi di Sarawak jauh berbeza berbanding Perlis, namun pihaknya berhasrat untuk mencontohi wilayah ini.

“Selain bertukar pandangan mengenai kemajuan pembangunan negeri, saya gembira mendengar Sarawak kini memiliki sawah padi dan hasil pengeluarannya adalah tinggi. Tahniah kepada kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, menurutnya kunjungan ke wilayah ini bertujuan untuk menyaksikan majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 esok.

“Agi idup agi ngelaban!

“Mudah-mudahan (kontinjen) Perlis mampu meraih emas dan menempa sejarah di negeri Sarawak,” ujar beliau.

Pada SUKMA kali ini, Perlis menghantar seramai 555 kontinjen yang terdiri daripada 374 atlet, 29 pengurus, 83 pegawai serta 67 urus setia bagi 29 jenis sukan.

Perlis sebelum ini menyatakan sasarannya untuk meraih 10 pingat emas dalam temasya sukan itu tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan