Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN sempena Anugerah Keusahawanan ASEAN 2024 di Kuala Lumpur. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Penglibatan Sarawak dalam ekonomi hijau untuk manfaat seluruh rantau ini – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Penyertaan Sarawak dalam ekonomi hijau akan memanfaatkan seluruh rantau ini yang terkesan akibat isu perubahan iklim, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, saintis sebelum ini memberi amaran mengenai pemanasan global dan isu keselamatan makanan yang menjadi kebimbangan banyak negara di dunia.

Jelas beliau Sarawak menerusi pendekatan ekonomi baharunya termasuk dalam tenaga boleh diperbaharui sedang menangani perkara itu bersandarkan kekuatan sumber alam semula jadi yang dimiliki.

“Kami di Sarawak dirahmati dengan cuaca yang baik, hutan hujan, sungai dan empangan yang membolehkan hidrogen diekstrak menerusi proses elektrolisis air.

“Sekarang Sarawak melakukan tugasnya untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan beralih kepada hidrogen bersih, ini sumbangan Sarawak untuk (atasi) perubahan iklim dengen Bintulu bersedia menjadi hab tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Abang Johari berkata demikian menerusi ucapan bertajuk Menjadikan Sarawak Sebagai Hab Asia Timur pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Keusahawanan Cemerlang ASEAN 2024 di sini hari ini.

Pada majlis itu Abang Johari turut menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN sempena Anugerah Keusahawanan ASEAN 2024.

Anugerah berkenaan diberikan oleh KSI Strategic Institute For Asia Pacific dan ASEAN Economic Club di atas usaha beliau memacau pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi serantau.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Pengerusi KSI Strategic Institute For Asian Pacific, Tan Sri Majid Khan.

Tambah Abang Johari dalam sektor hidrogen, Sarawak memanfaatkan potensinya dengan menubuhkan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang memacu pertumbuhan dalam industri tenaga boleh baharu terutamanya di Zon Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Abang Johari terima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN 2024

Abang Johari menjelaskan projek itu kini berada di peringkat kejuruteraan dan reka bentuk Front-End (FEED) untuk menghasilkan hidrogen hijau menjelang 2027 bagi tujuan eksport ke Jepun dan Korea Selatan selain kegunaan domestik dengan kapasiti 240,000 tan setahun.

Berkenaan jaminan keselamatan makanan pula, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti kawasan penanaman baharu padi seluas 10,000 ekar di utara wilayahnya.

Tambah beliau, kawasan sedia ada dengan keluasan sama serta tambahan kawasan baharu dikenali sebagai Lembah Limbang dan Lawas itu mampu menghasilkan 400, 000 tan padi sekali gus melebihi keperluan 200,000.

“Bakinya kita (Sarawak) boleh eksport termasuk ke Semenanjung Malaysia,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan