Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi kerajaan Sarawak yang diketuai Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melakukan lawatan kerja ke HQ Plantations' Beerburrum Forest Plantation di Queensland, Australia, baru-baru ini.

Pembabitan orang asli dalam perhutanan lestari di Queensland tarik perhatian delegasi Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Ogos: Delegasi kerajaan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melakukan lawatan kerja ke HQ Plantations’ Beerburrum Forest Plantation di Queensland, Australia, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsi Pejabat Timbalan Premier Sarawak itu, HQ Plantations adalah sebuah syarikat perhutanan terkemuka Australia, komited ke arah pengendalian perhutanan lestari dan teknik pengurusan inovatif.

“Dalam lawatan itu delegasi Sarawak didedahkan dengan beberapa bidang kepentingan utama antaranya penglibatan dengan masyarakat setempat terutamanya golongan orang asli yang dikenali sebagai orang Bangsa Pertama Australia,” kata kenyataan itu, hari ini.

Delegasi tersebut turut dikongsikan dengan undang-undang yang mengawal selia hak orang asli dan program jangkauan komuniti ladang, inisiatif pendidikan dan usaha untuk menggalakkan kesedaran perhutanan mampan dalam kalangan orang ramai.

Kenyataan itu turut memaklumkan amalan syarikat itu telah menjadi sebagai penanda aras dalam industri dengan kemampuan mengendali lebih kurang 300,000 hektar ladang hutan sekitar Queensland.

Menerusi amalan perhutanan mampan pula, HQ Plantations melaksanakan pendekatan termasuk penuaian yang bertanggungjawab, penghutanan semula dan strategi pemuliharaan melibatkan usaha perladangan untuk mengekalkan keseimbangan ekologi sambil memenuhi objektif komersial.

“Turut menjadi tumpuan lawatan adalah di mana delegasi juga menerima perkongsian pengetahuan mengenai inisiatif pemuliharaan biodiversiti perladangan, termasuk perlindungan habitat dan program pemantauan spesies,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan