Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk menyediakan rawatan bagi 260,000 pesakit COVID-19 susulan peningkatan kes akibat gelombang musim panas. Foto hiasan Envato

Korea Selatan sediakan rawatan COVID-19 untuk 260,000 pesakit

SEOUL, 16 Ogos: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk menyediakan rawatan bagi 260,000 pesakit COVID-19 susulan peningkatan kes akibat gelombang musim panas.

“Kami telah mula menghubungi syarikat farmaseutikal global memandangkan rawatan kini digunakan secara lebih meluas dengan bekalan dijangka bermula minggu ini,” kata Park Ji-young, pegawai kanan dari Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut KDCA, ia akan menyediakan rawatan di seluruh negara menjelang akhir bulan ini dan akan mula memberikan vaksin yang berkesan terhadap subvarian Omicron KP.3 yang menyumbang 45.5 peratus kes di Korea Selatan bulan lepas.

Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di negara itu telah mencecah 1,357 setakat minggu kedua Ogos, bilangan tertinggi pada tahun ini.

Namun, KDCA menyatakan bahawa gelombang semasa COVID-19 tidak menunjukkan peningkatan ketara dalam kadar pesakit kritikal atau kematian berbanding gelombang sebelumnya.

Kadar kematian pesakit COVID-19 kekal pada 0.1 peratus sejak 2022, dengan kadar itu berada di bawah 0.01 peratus bagi mereka yang berusia 50 tahun ke bawah.

Sementara itu, KDCA berkata pihaknya belum mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka pada peringkat ini.

“Walaupun tiada penalti bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka, kami amat menggalakkan kerjasama orang ramai,” kata seorang lagi pegawai KDCA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan