Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir acara Taekwondo di Stadium Perpaduan di sini pada Jumaat. Foto Faitullah Morni (TVS)

Gaji penjawat awam negeri diselaras setara atau lebih tinggi daripada persekutuan – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 16 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa kenaikan gaji bagi penjawat awam negeri Sarawak akan diselaraskan sama ada setara atau lebih tinggi daripada penjawat awam persekutuan.

Perkara itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, sehubungan itu menurut beliau Kerajaan Sarawak akan mengikut cara pelaksanaan  yang dilakukan dalam dua fasa.

“Kita akan mengkaji kuantum terdahulu, kita kaji gaji perkhidmatan awam kita dan kita akan kira berdasarkan pengumuman Perdana Menteri.

“Setidak-tidaknya setaraf ataupun mungkin baik sedikit,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir acara Taekwondo di Stadium Perpaduan di sini pada Jumaat.

Namun jelas beliau, pihak kerajaan perlu melihat kemampuan kewangan negeri, merangkumi sejurus gaji dinaikkan, kualiti penyampaian perkhidmatan juga harus dipertingkatkan.

Pada Jumaat, Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Menurutnya, pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan