Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis melakukan siasatan di sebuah tapak kosong tempat seorang pengawal keselamatan dan pekerja pencuci kereta diserang lima lelaki di Bedong, Sungai Petani, semalam. Foto IPD Kuala Muda

Dua rakan ditetak lima suspek, seorang maut

SUNGAI PETANI, 16 Ogos: Seorang pekerja pencuci kereta maut, manakala seorang pengawal keselamatan cedera parah dipercayai akibat ditetak di dua lokasi berdekatan di Bedong di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia lewat 20-an dikatakan diserang oleh lima lelaki bermotosikal semasa berada di sebuah tapak kosong berdekatan simpang ke Kampung Tok Pawang.

Katanya, kejadian berlaku semasa pengawal keselamatan itu sedang bekerja sambil ditemani rakannya sebelum didatangi suspek bersenjatakan parang.

“Pengawal itu mengalami kecederaan pada dada dan tangan akibat ditetak, manakala rakannya yang bekerja di pusat cuci kereta telah lari dari situ.

“Suspek kemudian pergi ke belakang premis cuci kereta di Taman Bedong yang terletak kira-kira 2.7 kilometer sebelum menyerang rakan mangsa sehingga cedera parah pada badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, sebaik menyedari kejadian itu, seorang lagi rakan mangsa telah membawa kedua-dua mereka ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini sebelum pekerja pencuci kereta disahkan meninggal dunia.

“Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Unit Pengesan (K9) telah melakukan siasatan di lokasi, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

“Setakat ini, polis membuat tiga tangkapan terhadap suspek berusia 20 hingga 30 tahun di sekitar Sungai Petani,” katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-429 9222 atau pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan (ASP) Azmirul Abdul Aziz di talian 019-444 6521 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan