Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua pesawat TUDM bawa rakyat Palestin yang cedera selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.

Sebaik tiba, semua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.

Terdahulu Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur pada Khamis malam. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan