Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AFFIN lancar Kempen Pelan Simpanan Fleksibel jadi jutawan.

AFFIN lancar ‘Kempen Pelan Simpanan Fleksibel, jadi Jutawan’

ByConnie Grace

KUCHING, 16 OGOS: Kumpulan AFFIN Bank melancarkan kempen pertama Pelan Simpanan Fleksibel AFFIN (AFFIN FSP) buat julung kalinya dengn slogan ‘ Simpan Pintar, Jadi Jutawan.’

Kempen ini berlangsung dari 8 Ogos 2024 hingga 30 April 2025, menggalakkan tabiat menyimpan sambil memberi pelanggan peluang untuk mencapai impian kewangan mereka dan memenangi hadiah utama yang menakjubkan sebanyak RM1 juta.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, Kempen AFFIN FSP, dengan slogan  ‘Simpan Pintar, Jadi Jutawan,’ mencerminkan komitmen pihaknya untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang memiliki kewangan yang kukuh.

“Dengan menjadikan simpanan kedua-duanya menarik dan mudah diakses, kami sedang memupuk budaya kesejahteraan kewangan yang memberi manfaat kepada individu dan negara secara keseluruhan.

“Inisiatif ini selaras dengan tiga tonggak Rancangan Strategik AFFIN Axelerate 2028 (AX28) kami: Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, Kepimpinan Digital, dan Perbankan Bertanggungjawab dengan Impak,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumat.

Tambahnya lagi, menerusi kempen terbabit, semakin banyak pelanggan menyimpan dalam akaun AFFIN Savings Account/-i (AFFIN SA/-i) mereka di bawah AFFIN FSP, semakin tinggi peluang mereka untuk memenangi hadiah utama.

Katanya lagi, dengan lebih daripada RM1.6 juta dalam jumlah hadiah, kempen ini dijangka akan memberi ganjaran kepada 217 pemenang bertuah.

Justeru, AFFIN FSP menyatakan komitmen berterusan Kumpulan AFFIN dalam mempromosikan literasi kewangan dan memupuk tabiat menyimpan disamping menjamin masa depan kewangan yang lebih cerah dan berpotensi menjadi jutawan.

Untuk maklumat lanjut dan panduan penyertaan, kunjungi AffinAlways.com atau cawangan AFFIN yang terdekat. Deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan