Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Wushu Sarawak Stephanie Ngu Chai Ern yang memenangi pingat emas pada Rabu. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: ‘Saya berani katakan insentif cukup lumayan’ – Abdul Karim

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 15 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan insentif kepada pemenang pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 esok.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau yakin insentif yang akan diberikan adalah cukup lumayan.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Abang Johari dijangka mengumumkan insentif itu semasa acara taekwondo.

“Berapa yang kerajaan negeri nak berikan (tak dapat didedahkan dahulu) tapi saya berani katakan cukup lumayan insentif yang bakal diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perkampungan SUKMA Sarawak 2024 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Setakat tengah hari ini, kontinjen Sarawak meraih satu emas dan perak serta tiga gangsa.

Setakat ini, Selangor dan Johor merupakan dua negeri yang masing-masing menawarkan insentif tertinggi sehingga RM10,000 kepada pemenang pingat emas dalam SUKMA 2024, manakala Pahang pula menawarkan insentif RM6,000.

Perlis, Perak, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan masing-masing menjanjikan ganjaran RM5,000 kepada pemenang pingat emas mereka dalam acara individu, sementara Pulau Pinang, Sabah, Kelantan dan Terengganu masih berteka-teki mengenai perkara itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan