Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tsen Fan Yew mendominasi skuad pertama acara boling perseorangan lelaki SUKMA. Foto, Bernama.

SUKMA: Sarawak kuasai kedudukan teratas skuad pertama boling perseorangan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Ogos: Sarawak menguasai kedudukan teratas skuad pertama lelaki dan wanita acara perseorangan boling tenpin di Sarawak Megalanes, Batu Kawa.

Kategori lelaki menyaksikan Tsen Fan Yew yang ketinggalan pada perlawanan pertama bangkit untuk menamatkan permainan dengan 1,301 pin.

Fan Yew yang juga anggota pasukan remaja kebangsaan melakukan 214, 215, 188, 203, 213 dan menamatkan permainan dengan 268 pin.

Wakil Selangor, Ridhar Rahman Riza Abdillah pula di kedudukan kedua dengan jatuhan 1,223 pin dan rakannya, Sayed Syawal Irfan Abdullah ketiga selepas mengumpul 1,219 pin.

Seorang lagi wakil Sarawak dalam skuad pertama, Cornelius Aldhelm Sajat tercicir di kedudukan ke-13 selepas sekadar menjatuhkan 1,158 pin.

Penyandang gelaran juara berpasukan remaja dunia, Nur Hazirah Ramli pula seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk mendominasi kategori wanita.

Nur Hazirah menamatkan enam perlawanan dengan catatan 1,261 pin.

Peserta Pahang, Nur Aisya Nadhirah Azuddin mengekori di tempat kedua dengan 1,219 pin.

Seorang lagi wakil Sarawak, Claudia Kumang Jackson melengkapkan tiga teratas.

Nur Hazirah dan Fan Yew kini perlu menunggu skuad kedua dan ketiga menamatkan permainan sambil berharap catatan mereka tidak mampu dicabar untuk meraih emas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan