Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Hazirah Ramli dikalungkan pingat emas apabila menjuarai acara tenpin boling perseorangan pada SUKMA Sarawak 2024 di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA: Nur Hazirah sambar emas tenpin boling perseorangan buat Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Ogos: Lagu ‘Ibu Pertiwiku’ bergema di Megalanes Emart Batu Kawa di sini, apabila pemain boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli merangkul emas dalam acara tenpin bolong perseorangan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, hari ini.

Hazirah menyerlah setelah berjaya mengungguli 84 peserta lain dengan rekod 1,261 jatuhan pin menerusi enam pusingan.

Nur Hazirah Ramli merangkul emas dalam acara perseorangan boling. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Manakala, pingat perak disandang oleh pemain Selangor, Adania Mohd Redzwan yang melakukan 1,254 jatuhan pin dan gangsa menjadi milik Haiffa Hazland dari Wilayah Persekutuan.

Jelas pemain berusia 21 tahun itu, dia berasa lega mampu menghadiahkan emas buat Sarawak memandangkan SUKMA edisi ini adalah terakhir buatnya.

“Pingat ini adalah untuk pembakar semangat saya, jurulatih, keluarga, kawan dan mereka yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Tambahnya, bermain di halaman sendiri adalah satu kelebihan buatnya.

Hazirah akan beraksi dalam acara tenpin boling beregu wanita dan campuran pada 16 dan 17 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan