Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Hii Chang Kee menasihati orang ramai untuk datang awal ke Stadium Sarawak pada Sabtu ini. Foto TVS

SUKMA 2024: Seramai 31,000 dijangka hadir perasmian Sabtu ini

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Ogos: Seramai 31,000 orang dijangka membanjiri Stadium Sarawak menyaksikan majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 pada Sabtu, 17 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee menjanjikan pelbagai persembahan yang unik dengan elemen ‘surprise’ pada malam itu nanti.

“Pada Sabtu ini, acara perasmian SUKMA akan mempersembahkan perarakan masuk kesemua 15 kontinjen negeri yang bertanding bersama para sukarelawan. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka merasmikan acara ini dan ramai lagi tetamu kehormat yang dijemput dari semua negeri untuk memeriahkan SUKMA ini.

“Stadium Sarawak dijangka akan dihadiri 31,000 orang, tiket yang telah diedar setakat ini ialah sebanyak 15,000 keping. Setengah daripada jumlah itu yang dapat ialah orang awam manakala selebihnya ialah untuk tetamu jemputan, kontinjen atlet, sukarelawan dan semua pihak lain yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual secara langsung SUKMA TVS di Stadium Sarawak, hari ini.

Pada masa sama, Hii menasihati orang ramai agar datang awal ke stadium bagi mengelak daripada kesesakan aliran trafik susulan beberapa jalan akan ditutup bersempena majlis perasmian berkenaan.

“Sila datang awal Sabtu ini dan datang beramai-ramai untuk sokong pasukan Sarawak. Jalan di sekeliling stadium akan ditutup mulai jam 3 petang dan pintu masuk stadium dijangka buka pada jam 4 petang, terpulang pada situasi hari tersebut.

“Mereka yang tiada tiket juga boleh menyaksikan acara perasmian di dataran tempat karnival SUKMA yang mempunyai skrin LED besar, atau melalui aplikasi ‘SUKMA XXI’ dan juga melalui saluran 122 TVS,” katanya.

Dalam pada itu, Hii turut berterima kasih kepada TVS berikutan SUKMA kali ini berjaya menyiarkan secara langsung lebih separuh daripada acara yang yang dipertandingkan berbanding penganjuran sebelum ini.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found