Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima cenderamata semasa Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Malaysia Ke-XXl Sarawak 2024 di Kota Samarahan pada Khamis. Foto TVS

SUKMA 2024: Isu venue belum siap selesai, tandas mudah alih sebagai alternatif

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 15 Ogos: Tandas mudah alih akan ditempatkan di venue bagi acara memanah SUKMA Sarawak 2024 sebagai alternatif berikutan kemudahan sedia ada belum sempat disiapkan, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau mengakui pembangunan venue terbabit yang belum siap hanya melibatkan kemudahan tandas atau bilik air sahaja setakat ini sementara prasarana untuk acara memanah telah dilengkapkan.

“Memang kita mengakui sesetengah venue yang kita harap dapat siap sepenuhnya menjelang SUKMA tapi tidak kesampaian tetapi venue tersebut boleh digunakan macam tempat memanah yang tidak dapat disiapkan sepenuhnya adalah tandas dan bilik air jadi kita kena menggunakan tandas mudah alih untuk itu.

“Prasarana lain untuk acara memanah itu semua sudah cukup siap tempat pentas tempat di mana letaknya sasaran semuanya siap pemparitan juga siap hanya tandas saja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada  sidang media selepas Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Malaysia Ke-XXl Sarawak 2024 di Kota Samarahan pada Khamis.

Beliau turut memberitahu beberapa venue lain juga telah siap sepenuhnya seperti trek sukan berbasikal BMX termasuk isu berbangkit sebelum ini berjaya diperhalusi iaitu pemasangan karpet di Stadium Hoki diselasaikan semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan