Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Wushu Sarawak Stephanie Ngu Chai Ern. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: 14 pingat jadi taruhan sebelum wushu tutup tirai esok

ByBernama

KUCHING, 15 Ogos: Saingan acara wushu terus menjadi tumpuan kontinjen negeri dan Brunei pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan taruhan 14 pingat emas lagi sebelum acara berkenaan melabuhkan tirai di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya esok.

Acara dipertandingkan melibatkan disiplin taolu bagi kategori qiangshu lelaki dan wanita, gunshu lelaki dan wanita manakala sanda melibatkan kategori 48 kilogram (kg), 52kg, 56kg (wanita) diikuti kategori 52kg, 56kg, 60kg, 65kg, 70kg (lelaki) dan nandao (lelaki dan wanita).

Pada temasya kali ini, wushu yang membuka gelanggang semalam, menawarkan keseluruhan 28 pingat emas.
Esok, secara keseluruhan sebanyak 27 pingat emas bakal ditawarkan menerusi wushu, taekwondo, berbasikal, boling padang dan tenpin boling.

Taekwondo yang membuka tirai saingan di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, menawarkan lima pingat emas dalam acara poomsae diikuti dua  emas acara berbasikal bagi kategori lepas beramai-ramai individu dan berpasukan wanita di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem.

Semua pelumba yang perlu mengharungi kayuhan sejauh 108 kilometer dijangka dilepaskan pada 9 pagi.

Selain itu, boling padang mempertaruhkan empat pingat emas dalam acara pairs dan triples lelaki serta singles dan fours wanita di ArenaLawn Bowls Petra Jaya.

SUKMA 2024 menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan melibatkan sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.

Lebih 12,000 atlet dari seluruh Malaysia termasuk Brunei mengesahkan penyertaan pada temasya dwitahunan kebangsaan itu.

Sarawak menganjurkan SUKMA buat kali ketiga selepas 1990 dan 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan