Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhamad Eizzul Mohamad, 33, kali terakhir dilihat rakan sekerjanya kira-kira jam 7.30 petang, 7 Ogos lalu. Foto IPD Mukah

Polis giat kesan penolong pengurus ladang hilang di Mukah

MUKAH, 15 Ogos: Polis sedang berusaha mengesan seorang penolong pengurus dilaporkan hilang oleh pihak pengurusan Ladang Sawit Solar Green di sini, sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias, Muhamad Eizzul Mohamad, 33, kali terakhir dilihat rakan sekerjanya kira-kira jam 7.30 petang, 7 Ogos lalu.

Katanya, lelaki melayu itu berkulit kuning langsat, berbadan gempal dengan menggunakan pakaian terakhir t-shirt warna gelap dan berseluar jeans.

“Pihak polis menerima laporan kehilangan Muhamad Eizzul pada jam 1.40 petang semalam daripada pihak pengurusan ladang berkenaan.

“Sementara alamat terakhirnya ialah di rumah pekerja ladang sawit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes SM Abdul Rahman Maerrad menerusi talian telefon 013-8029577.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan ke pusat kawalan IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan