Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama delegasi kerajaan Sarawak ke Brisbane, Australia.

Pembangunan mampan Sarawak tarik pelaburan Australia

KUCHING, 15 Ogos: Beberapa isu kepentingan dan kerjasama antara Sarawak dan Australia menjadi tumpuan lawatan kerja Kerajaan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Brisbane, Australia.

Antara yang dibincangkan termasuk peluang kerjasama Sarawak-Australia melalui Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel (PSI-RO) dan kemudahan canggihnya dalam penyelidikan saintifik dan pengurusan hutan lestari.

“Sarawak menekankan kekayaan sumber asli Sarawak, flora dan fauna dan tanah pertanian untuk pertanian, deposit mineral yang luas dan rizab petroleum dan gas asli yang banyak.

“Ini memberikan peluang kerjasama untuk Australia dan Sarawak termasuk kerjasama dengan CSIRO (Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel) dan kemudahan canggihnya dalam penyelidikan saintifik dan pengurusan hutan lestari,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Timbalan Perdana Menteri Queensland, Cameron Dick.

Dalam pertemuan itu Awang Tengah menyatakan bahawa Sarawak telah mencapai banyak kejayaan baru-baru ini dengan mengorak langkah penting dalam kemampanan di samping menjadi lokasi pelaburan yang menarik di Asia Tenggara.

Sarawak jelasnya telah membangunkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 (PCDS) dan wilayah ini berhasrat untuk menjadi wilayah maju menjelang 2030.

“Sarawak adalah antara destinasi pelaburan yang paling digemari di Malaysia terutamanya dalam pembangunan mampan dan turut berjaya menarik minat Australia.

“Beberapa projek pelaburan berpotensi oleh pelabur australia dalam pembangunan ekonomi hijau seperti hidrogen dan logam hijau untuk sektor kenderaan elektrik sedang dalam perbincangan serius,” katanya.

Menyentuh aspek sektor perhutanan, Sarawak jelasnya telah memulakan kerjasama dengan Australia dalam aktiviti hutan termasuk pengurusan ladang hutan, penyelidikan dan pembangunan.

Sesi itu diakhiri dengan pemeteraian dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Australia Malaysia Business Council  dan Sarawak Australia Business Chamber yang memfokuskan pada mempromosikan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Sarawak dan Australia dengan harapan ia akan membuka jalan kepada lebih banyak aktiviti dua hala dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan