Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi bersama rombongan dan Dr Bressma Momani ketika mengadakan lawatan ke Univerisiti Waterloo di Toronto, Kanada.

MUT jalin kerjasama dengan Universiti Waterloo perkasakan pengurusan bekalan air

ByConnie Grace

KUCHING, 15 Ogos: Pengurusan bekalan air di Sarawak akan diperkasakan menerusi kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dengan Univerisiti Waterloo di Kanada.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata kerjasama itu dijalin menerusi lawatan delegasi yang diketuainya ke Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2024 di Toronto, Kanada.

“Menerusi kerjasama ini ia akan membantu Sarawak meningkatkan keupayaan sistem bekalan air dengan menyediakan bimbingan tentang teknologi.

“Kita juga berkehendakkan Universiti Waterloo berkongsi ilmu kepakaran kepada kakitangan agensi bekalan air di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam lawatan itu, delegasi Sarawak disambut Naib Canselor Universiti Waterloo Dr Bressma Momani dan para pegawai kanan univerisiti berkenaan.

Julaihi turut disertai Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan