Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan anugerah darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran 'Datuk Amar' kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Astana Negeri hari ini Foto: Nadim Bokhari (TVS)

Darjah Kebesaran Negeri Sarawak: Dr Sim dahului senarai 149 penerima

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 15 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 149 penerima pingat dan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu dianugerahkan darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Seterusnya, Temenggong Dato Nunong Dandan menerima darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato’.

Majlis turut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman menerima anugerah darjah utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (JBK).

Senarai diteruskan dengan pengurniaan darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (PBS) yang didahului ADUN Bukit Semuja John Ilus, diikuti lapan lagi penerima iaitu Brigedier Jeneral Mohd Rosli Abu Bakar, Professor Dr. David Perera, Abu Seman Suhaili, Annie Chiew Yen Moi @ Chiew Yen, Bong Ngim Sin, Haidel Heli, Chai Ming Lu, dan Sikong Lusek.

Pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) pula melibatkan seramai 23 penerima.

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) dikurniakan kepada 19 penerima antaranya T.s. Abdul Mohammad Omar.

Anugerah lain termasuk Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS) dikurniakan kepada 21 penerima, manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (ABK) dikurniakan kepada 18 penerima.

Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) pula menyaksikan 29 penerima dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS) seramai 27 penerima.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri Tun Dr Wan Junaidi iaitu Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan