Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan di sekitar Stadium Negeri Sarawak akan ditutup sementara pada 17 Ogos ini bagi melancarkan aliran trafik bersempena Majlis Perasmian SUKMA Sarawak 2024.

Beberapa jalan sekitar Stadium Sarawak ditutup sementara bagi perasmian SUKMA

ByConnie Grace

KUCHING, 15 Ogos: Beberapa jalan di sekitar Stadium Negeri Sarawak akan ditutup sementara pada 17 Ogos ini bagi melancarkan aliran trafik bersempena Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ketua Polis Daerah Kuching, Mohd Farhan Lee menerusi kenyataan hari ini berkata penutupan beberapa laluan ini akan bermula pada 3 petang bagi melancarkan pergerakan lalu lintas sepanjang perasmian ini berlangsung sehingga selesai.

Antara jalan yang akan ditutup ialah bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, lorong masuk ke tempat letak kenderaan belakang Stadium Negeri Sarawak, persimpanagn Court Skuasy ke Stadium Sarawak, jalan masuk menghala ke pintu A Stadium Sarawak serta penutupan sebelum simpang Kampung Stadium.

Orang ramai yang ingin hadir dinasihatkan supaya menggunakan laluan untuk meletak kenderaan awam yang telah dikhaskan iaitu dari arah bulatan Sesco dengan membuat pusingkan ‘U’ di bulatan Casuarina kemudian melalui Jalan Casuariana untuk masuk ke simpan jalan Stadium (Ring) dan kawasan tempat letak kenderaan di tempat meletak kereta di belakang Stadium Sarawak.

Sehubungan dengan itu, tambahnya, bagi laluan keluar orang ramai dari stadium adalah dengan menggunakan Jalan Diplomatik menghala ke Demak.

Berikutan itu, tegas beliau, pihak polis memohon kerjasama orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan merancang perjalanan dengan memilih jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-259900. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan