Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah besen berhampiran bengkel motosikal di Pekan Titi Serong, Parit Buntar. Foto hiasan Envato

Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam besen berhampiran bengkel motosikal

ByBernama

IPOH, 15 Ogos: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah besen berhampiran bengkel motosikal di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam pada 4.50 petang.

“Seorang lelaki yang secara kebetulan melalui di kawasan itu terdengar bunyi rengekan, telah menemukan bayi itu yang dibaluti dengan kain. Lelaki itu kemudiannya menghantar bayi berkenaan ke pusat kebajikan yang berhampiran.

“Kita akan rakam percakapan saksi-saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar bayi itu ditemukan,” katanya pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata bayi perempuan seberat 2.1 kilogram itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan lanjut, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan