Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin menyampaikan cenderamata kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Yang di-Pertua Negeri kongsi pengalaman bidang undang-undang bersama pihak Kastam

KUCHING, 14 Ogos: Rombongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Ditemui media selepas kunjungan hormat itu, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin berkata, perjumpaan hampir dua jam tersebut memberikan ruang bertukar-tukar pandangan, malah satu petanda hubungan yang akrab antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurutnya, pengalaman Yang di-Pertua Negeri sangat luas dan pernah berkhidmat dalam sektor kerajaan termasuk sebagai Ahli Parlimen dalam Kerajaan Persekutuan sangat berharga untuk dipelajari sebagai rujukan terutama dalam bidang undang-undang.

“Perbincangan kunjungan berkisar kepada pengalaman Tun Wan Junaidi yang sangat luas dalam kerajaan dan ini satu pengetahuan yang sangat berharga kepada kami untuk mendengar.

“Beliau pernah berkhidmat dalam kerajaan dan dalam Kerajaan Persekutuan yang amat lama dan kita sangat menghargai pengalaman-pengalaman beliau yang boleh kami timba sebagai rujukan terutama dalam bidang undang-undang,” katanya.

Selain kunjungan itu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut menerima kunjungan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan