Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media bersama barisan pemimpin Sarawak selepas menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pembangunan Bahagian Mukah. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Tarik balik kontrak jika gagal mulakan kerja dałam tempoh sebulan – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 14 Ogos: Kontraktor yang gagal memulakan kerja dalam tempoh satu bulan selepas dianugerahkan projek akan dikenakan tindakan, termasuk penarikan balik kontrak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan ini dibuat Kerajaan Sarawak untuk memastikan projek-projek berjalan lancar dan memenuhi keperluan rakyat serta kontraktor melaksanakan projek dengan berkesan.

Beliau juga mendedahkan bahawa beberapa projek telah ditamatkan kontraknya kerana kegagalan kontraktor, termasuk projek pembinaan Jalan Samarahan dan Jambatan Marudi.

“Untuk memastikan projek-projek ini tetap diteruskan, kerajaan telah melantik kontraktor penyelamat yang berkelayakan bagi mengambil alih dan menyelesaikan projek-projek tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kerajaan negeri akan lebih teliti dalam memantau latar belakang syarikat bagi memastikan hanya kontraktor yang benar-benar berkelayakan diberikan projek untuk mengelakkan kelewatan yang boleh menjejaskan pembangunan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pembangunan di Mukah hari ini.

Terdahulu, langkah pencegahan diambil Kerajaan Sarawak menghentikan serta-merta kontraktor yang gagal memulakan kerja dalam tempoh sebulan dan diganti dengan kontraktor baharu ternyata membuahkan hasil.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, ia merupakan amaran tegas kepada kontraktor untuk menyiapkan projek infrastruktur dengan segera bagi mencapai sasaran sifar projek sakit di wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan