Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara acara berbasikal ujian masa (ITT) SUKMA Sarawak 2024, Nyo Chi Hui. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA: ‘Saya hanya kayuh sepenuh hati dan buat yang terbaik’

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Ogos: Cabaran hebat yang dialami oleh juara acara berbasikal ujian masa (ITT) SUKMA Sarawak 2024, Nyo Chi Hui sepanjang perlumbaannya bukan satu penghalang untuk menghadiahkan emas buat kontinjen Perak.

Chi Hui berkata pelbagai masalah dihadapi semasa ingin menamatkan acara itu sehingga terpaksa melakukan kayuhan ‘buta’ ke garisan penamat.

Dia mendakwa sistem odometer pada basikalnya tidak berfungsi dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) meter itu tidak disambung ke satelit dari awal perlumbaan.

“Mungkin sini (laluan perlumbaan) jauh, jadi sepanjang jalan saya tak nampak kelajuan dan hanya dapat lihat kadar denyutan jantung dari cadence.

“Saya hanya kayuh sepenuh hati dan buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui media.

Acara berbasikal ITT bagi SUKMA kali ini dianjurkan di Lebuh Raya Tun Pehin Sri Adenan Satem di Matang, hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya meraih pingat emas buat negeri kelahirannya itu memandangkan SUKMA edisi ini adalah kali terakhir buatnya.

Untuk rekod, Chi Hui telah menghabiskan perlumbaannya sejauh 28.3km dalam 41 minit (41:10:793) dan bergerak pada kelajuan 41.234 kilometer sejam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan