Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba basikal Terengganu, Kee Zhe Yie cemerlang apabila menyumbang pingat emas pertama untuk negeri itu dalam acara berbasikal ujian masa lelaki. Foto NADIM BOKHARI (TVS)

SUKMA: Kee Zhe Yie tebus kekecewaan, tuai emas pertama Terengganu

ByWilly Jali

KUCHING, 14 Ogos: Pelumba basikal Terengganu, Kee Zhe Yie cemerlang apabila menyumbang pingat emas pertama untuk negeri itu dalam acara berbasikal ujian masa lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung di Politeknik di sini, hari ini.

Kee Zhe yang juga pelumba basikal kebangsaan, memenangi acara itu selepas menamatkan perlumbaan sejauh 37.5 kilometer (km) dalam tempoh 48 minit (48:23:880).

Bekas pemenang pingat perak edisi SUKMA 2022 itu berkata, impiannya untuk memenangi pingat emas bagi edisi kali ini tercapai juga memandangkan ia merupakan penampilan terakhirnya di SUKMA tahun ini.

“Perlumbaan hari ini saya memang menyasarkan untuk membuat yang terbaik dalam ujian masa ini. Dari edisi (SUKMA 2020) lagi, memang saya berhasrat untuk memenangi pingat emas tahun ini.

“Saya memang percaya yang saya dapat memenangi pingat emas. Sebab saya sudah biasa menjalani ujian masa semasa latihan,” katanya.

Walaupun cuaca kurang baik dan hujan, namun ia tidak mematahkan semangat anak kelahiran dari Dungun, Terengganu itu untuk terus meneruskan kayuhan hingga garis penamat .

“Angin sangat kuat. Jadi saya cuba untuk mengekalkan kelajuan sampai ke garisan penamat. Saya sangat berpuas hati kerana dapat sampai ke garis penamat,” ujarnya.

Kee Zhe yang mempamerkan aksi cemerlang selepas meninggalkan peserta dari Perak, Muhammad Adam Hakimi Nazuan (49:34:439) dengan perbezaan seminit 10 saat untuk meraih pingat perak.

Manakala peserta Wilayah Persekutuan, Newjoe Lau memperoleh pingat gangsa dengan catatan masa (49:50:077).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan