Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wan Muhammad Zharif Ikram (kiri) akan berentap sekali lagi bersama Ethan Damien Goh yang juga atlet Sarawak pada SUKMA 2024. Foto, Asian Bowling Federation.

SUKMA: Ayam tambatan Terengganu sedar tugas sukar di Sarawak Megalanes

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Hadir ke Sarawak selaku pemenang pingat emas Kejohanan Remaja Asia baru – baru ini tidak menjadi tiket mudah bagi Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan mendominasi gelanggang boling Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ini kerana atlet Terengganu berusia 17 tahun itu menyedari saingan sengit yang bakal diterimanya dalam usaha merebut pingat emas.

Kata Wan Muhammad Zarif Ikram,  beberapa rakannya dalam pasukan remaja kebangsaan termasuk Tsen Fan Yew dan Ethan Damien Goh yang akan mewakili Sarawak berpotensi untuk menjadi percabar terkuatnya.

“Selain itu Muhammad Hariz Adlan Azman (Pulau Pinang), Ahmad Azriq Izamuddin (Wilayah Persekutuan), Syaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh dan Izz Naqiuddin Putera (Negeri Sembilan) juga antara pemain yang perlu diperhatian dalam acara perseorangan,” katanya kepada TVS.

Pada Kejohanan Remaja Asia 2024 di Petaling Jaya pada Jun lepas, Wan Muhammad Zarif menghadiahkan pingat emas acara master kepada Malaysia selepas menewaskan pemain Hong Kong, Jovi Ma.

Dia turut menewaskan Ethan Damien yang meraih gangsa.

Sementara itu Wan Muhammad Zarif berkata walaupun sudah biasa beraksi di Sarawak Megalanes namun suasana pertandingan pada SUKMA berbeza.

“Saya berasa sedikit gemuruh kerana Sarawak tuan rumah dan seperti yang saya katakan tadi, mereka mempunyai ramai pemain yang bagus,” katanya.

Dia yang akan membuat penampilan kali kedua pada pentas SUKMA menyasarkan dua pingat emas menerusi acara perseorangan dan master.

Pada SUKMA 2022, Wan Muhammad Zarif membantu Terengganu meraih gangsa acara lima sepasukan yang dimenangi oleh Wilayah Persekutuan dan Sarawak meraih pingat perak.

Pada kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia tahun ini, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu turut menampilkan aksi  memberangsangkan apabila menduduki tempat ketiga.

Acara bolin tenpin SUKMA akan membuka gelanggang esok di Sarawak Megalanes, Emart Batu Kawa dengan dua pingat emas ditawarkan bagi perseorangan lelaki dan perempuan.

Boling turut mempertandingkan acara beregu (lelaki dan perempuan), beregu campuran, trio (lelaki dan perempuan), lima berpasukan (lelaki dan perempuan) serta masters lelaki dan perempuan.

Pada SUKMA 2022, Sarawak muncul juara keseluruhan boling dengan meraih empat pingat emas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan