Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Muay Thai wanita Sarawak, Nur Arifah Mahsunah menunjukkan gaya seni semasa membuat latihan di sebuah gym di Bintulu, pada Selasa. Foto Fiqri Razak (TVS)

SUKMA: Atlet Muay Thai wanita Sarawak mahu buktikan mereka berbisa, sumbang emas

BySteward Dawi

BINTULU, 14 Ogos: Sebelum ini Nur Arifah Mahsunah Baharom merupakan atlet Muay Thai bagi acara combat yang memerlukan dia bertarung menentang lawan dalam gelanggang.

Namun untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak ini, Nur Arifah Mahsunah memilih untuk bertanding dalam kategori seni iaitu Wai Kru dan Mai Muay dan berazam untuk menyumbang pingat emas kepada Sarawak.

Kata pelajar jurusan Sains Sukan dan Rekreasi di sebuah universiti tempatan itu, dia telah menjalani latihan selama lebih setahun untuk bertanding pada SUKMA.

” Pada waktu pagi, saya fokus kepada pengajian dan latihan bermula pukul empat petang dan berlarutan hingga ke malam.

“Begitulah rutin saya lakukan bagi memastikan dapat meraih kejayaan pada SUKMA,” katanya yang berpengalaman selama lima tahun dalam sukan itu.

Sementara itu, bagi Dayangku Hana Humaira yang hanya menjalani latihan dalam tempoh singkat, dia tetap yakin untuk menunjukkan prestasi yang baik dan mendapatkan pingat emas.

“Sebelum ini saya pernah berfikir untuk berhenti namun jurulatih, keluarga dan rakan-rakan terdekat memberi sokongan dan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha mencapai impian,” katanya.

Seorang lagi atlet Muay Thai Sarawak Nur Ain Syuhada Supian pula berkata, keyakinan untuk berentap pada SUKMA semakin bertambah selepas menjalani beberapa sesi latihan di luar Sarawak.

“Cabaran yang saya hadapi ialah berlatih selama berbulan-bulan dan terpaksa berjauhan dengan keluarga.

“Selain itu saya juga tidak dapat hadir ke sekolah selama dua bulan dan lebih mencabar, tahun ini juga saya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” jelasnya.

Jurulatih Mai Muay Thai Sarawak Roslan Johani berkata, setakat ini dia berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya sepanjang menjalani latihan sebelum beraksi di SUKMA.

“Alhamdulilah walaupun acara ini masih baharu, tetapi saya percaya skuad Muay Thai Sarawak boleh memberi saingan hebat kepada negeri lain, insya- Allah,” ujarnya.

Pusingan pertama Muay Thai akan bermula pada 15 Ogos di Naim Paragon Streetmall, Bintulu.

Ia melibatkan kategori termasuk Wai Kru (seni) solo lelaki, wanita dan Mai Muay thai (seni) duo lelaki dan wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan