Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama barisan pemimpin Sarawak pada Mesyuarat Koordinasi Pembangunan Bahagian Mukah, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

RM6.3 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Mukah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 13 Ogos: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM6.3 bilion untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Bahagian Mukah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek-projek ini bertujuan untuk memperkukuhkan infrastruktur dan meningkatkan kemudahan asas di kawasan tersebut.

“Daripada jumlah ini, kira-kira RM2.3 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan (MIPD) yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Projek-projek ini termasuklah pembinaan jambatan dan jalan raya yang akan memudahkan mobiliti serta merangsang aktiviti ekonomi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pembangunan di sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan kira-kira RM2.8 juta lagi disalurkan kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk projek berkaitan bekalan elektrik dan air.

Selain itu, Abang Johari berkata Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) diberi peruntukan tambahan RM705 juta bagi melaksanakan projek.

“Ini termasuk pelaksanaan projek-projek pendidikan yang akan melibatkan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan pusat latihan lain di Mukah.

“Pelaksanaan semua projek ini dijangka siap pada tahun 2026 yang akan membawa perubahan besar kepada landskap ekonomi dan sosial Mukah,” katanya.

Selain itu, Abang Johari juga mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan akan menerima peruntukan sebanyak RM241 juta.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek penting dalam sektor-sektor tersebut,” katanya.

Ujarnya, Kementerian Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) juga menerima peruntukan sebanyak RM77 juta. – TVS

Tags: mukah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan