Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, semalam. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, semalam.

Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.

“Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu juga digunakan untuk meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.

Republik Tatarstan ialah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan