Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming semasa berkunjung ke Pusat Media bersama Ashley Lau di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi

Pingat pertama Tai Leong bakar semangat juang atlet Sarawak

BySteward Dawi

BINTULU, 14 Ogos: Kejayaan Fung Tai Leong merangkul pingat pertama iaitu gangsa dalam acara Nanquan wushu lelaki merupakan permulaan yang baik kepada kontinjen Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, beliau berharap pencapaian itu akan menyuntik semangat atlet Sarawak yang lain bagi memburu lebih banyak pingat terutamanya emas.

“Masih banyak peluang untuk atlet kita menyumbang pingat dalam beberapa acara sama ada secara individu atau berkumpulan.

“Mereka perlu bertanding secara bijak, bekerja keras dan meletakkan sasaran untuk memburu pingat emas,” katanya semasa ditemui di Pusat Media, Stadium Muhibbah, Bintulu pada Rabu.

Jelasnya, semangat ‘Agi idup agi ngelaban’ mesti disemarakkan bagi memastikan Sarawak mencapai matlamat muncul juara keseluruhan SUKMA 2024.

Acara itu menyaksikan atlet Melaka Bryan Ti Kai Jie berjaya memenangi pingat emas manakala pingat perak menjadi milik Foo Mun Fei dari Perak.

Sementara itu pemain golf dari Sarawak Ashley Lau yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 baru – baru ini turut memberi kata-kata semangat kepada kontinjen Sarawak untuk berjuang merebut gelaran juara keseluruhan SUKMA 2024.

“Pada pengamatan saya, pasukan golf Sarawak berpotensi besar untuk mendapat pingat emas pada SUKMA ini.

“Ini kerana kita merupakan antara skuad yang mempunyai kelebihan dan boleh meraih kemenangan,” katanya.

Untuk rekod, Ashley yang berasal dari Bintulu berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pemain golf Sarawak pertama yang beraksi di Sukan Olimpik. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan