Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng melancarkan Program Kitar Semula Ke Arah Ekonomi Kitaran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Persidangan Makanan Lestari Antarabangsa (SFIC) 2024 Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Bina kelestarian masa hadapan menerusi program kitar semula

KUCHING, 14 Ogos: Kerjasama semua pihak sama ada kerajaan mahupun swasta penting untuk mendidik generasi kini dan akan datang tentang kepentingan kelestarian serta menggalakkan inisiatif kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, inisiatif ini penting bagi memastikan agar warga bandaraya peka akan tatacara serta penggunaan yang efektif fasiliti pembuangan sisa atau barangan isi rumah yang dapat dikitar semula, selain perkhidmatan memproses kitar semula sisa-sisa pembuangan secara sistematik.

“Mesej utama yang hendak kita sampaikan pada hari ini adalah mengenai inisiatif kitar semula. Bagi saya, kita di Sarawak mempunyai banyak barangan ini yang boleh dikitar semula. Namun, kita perlu memikirkan langkah seterusnya selepas proses penggumpulan dilaksanakan,” katanya.

“Saya melihat ada dua perkara asas yang dapat difikirkan bersama, yakni apa yang kita dapat hasilkan menerusi item atau barangan yang telah dikumpul dan selepas dikitar semula kelak. Keduanya, kita perlu memastikan bahawa tiada benda yang boleh dikitar semula, dibuang begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Makanan Lestari Antarabangsa (SFIC) 2024 Sarawak di Kuching pada Rabu.

Wee turut menyeru agar agensi-agensi kerajaan, swasta serta badan penguatkuasa untuk menggembleng tenaga dalam menambah baik akta serta penguatkuasaan dalam pengurusan pembuangan sisa buangan untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

Pada program yang sama, Wee mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian untuk acara simbolik perasmian Program Kitar Semula Ke Arah Ekonomi Kitaran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjelang 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan