Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert ‘ADA Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’.

Afgan, Lyodra gegarkan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’.

Buat pertama kalinya konsert yang menggandingkan dua penyanyi popular Indonesia itu akan menggegarkan pentas Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, mendedahkan hasrat untuk berkolaborasi itu dinyatakan menerusi mesej di Instagram mereka.

Sementara itu bagi penyanyi berusia 21 tahun Lyodra atau nama sebenarnya Lyodra Margareta Ginting menyifatkan gandingan bersama idolanya itu umpama impian menjadi kenyataan.

Lyodra yang merupakan juara Indonesian Idol 2020 berkata, penonton konsert berpeluang menikmati susunan muzik yang digubah khas yang belum pernah didendangkan di mana-mana acara sebelum ini.

Sebanyak 20 lagu akan disajikan dengan diiringi 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Konsert tersebut berlangsung pada 28 September, jam 8 malam, di Megastar Arena, Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan