Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para pemimpin negeri yang lain bersarapan di 'Stabak Mukah' di Mukah, hari ini.

Abang Johari bersarapan di Gerai Kopi Market Dana

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 13 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini meluangkan masa bersarapan bersama penduduk setempat di Gerai Kopi Market Dana di pusat bandar ini.

Abang Johari tiba di gerai kopi sekitar jam 8.30 pagi, diiringi oleh Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berbincang sesuatu dengan Royston Valentine semasa bersarapan. Foto ihsan RTM

Turut sama bersarapan, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine dan ADUN Balingian Yakub Arbi.

Selepas bersarapan, Abang Johari meluangkan masa melawat Pasar Basah Mukah dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama Abang Johari dan tetamu kenamaan yang lain.

Setelah selesai bersarapan dan beramah mesra dengan penduduk, Abang Johari meninggalkan Stabak Mukah sekitar jam 9.30 pagi.

Beliau kemudian menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan