Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima undangan ke Upacara Perasmian Temasya SUKMA Sarawak 2024 daripada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Macfranklyn Harold (TVS)

Upacara perasmian SUKMA Sarawak 2024 menjanjikan terbaik pernah diadakan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Ogos: Upacara Perasmian Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 17 Ogos ini dijangka menjadi upacara pembukaan SUKMA terbaik berbanding penganjuran sebelum ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau yakin para hadirin akan berpuas hati setelah beliau menyaksikan persiapan dan raptai.

“Kalau kita dapat menjadikan upacara perasmian ini adalah perasmian terbaik dari segi persembahan, organisasi kalau dibandingkan dengan SUKMA sebelum ini, kita rasa gembira sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan hormat itu adalah untuk mengundang Tun Wan Junaidi sebagai tetamu kehormat upacara yang akan diadakan di Stadium Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Ripin Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.

Sementara itu, Abdul Karim berkata jumlah tiket ke upacara perasmian SUKMA tidak dapat ditambah kerana mengambil kira faktor keselamatan rakyat.

Jelas beliau, beberapa bahagian tempat duduk di Stadium Sarawak akan ditutup untuk pertunjukan bunga api.

“Kami memang sudah tetapkan beberapa bahagian sebagai kawasan pentas dan astaka jadi memang tak dapat ditambah, sebab itu kita ada Dataran Perayaan (berdekatan Stadium Sarawak) supaya mereka yang di luar stadium boleh tengok siaran langsung,” ujarnya.

Orang ramai juga boleh menyaksikan siaran langsung di TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan