Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ahli Jawatankuasa Induk SUKMA XXI Sarawak yang diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Alex Teo (TVS)

Tun Wan Junaidi bakal rasmi pembukaan SUKMA Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka merasmikan Upacara Perasmian Temasya Sukan Malaysia Edisi ke-21 (SUKMA XXI) Sarawak di Stadium Sarawak pada 17 Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Tun Wan Junaidi turut menyatakan hasrat untuk berkunjung ke beberapa lokasi acara SUKMA akan dipertanding kelak.

Jelas beliau, antara acara yang ingin disaksikan ialah olahraga, boling tenpin dan wushu.

“Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi amat berminat (dengan beberapa acara) dan telah memaklumkan mereka ingin ke venue untuk melihat sukan-sukan ini dipertandingkan.

“Saya berharap pihak sekretariat dapat memperhalusinya lagi,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI, Datu Hii Chang Kee.

Acara olahraga akan diadakan di Stadium Sarawak manakala boling tenpin boling di Sarawak Megalanes Emart Batu Kawa dan wushu di Dewan SSC.

SUKMA Sarawak 2024 mempertandingkan 46 acara di sembilan bahagian seluruh Sarawak iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Mukah, Kota Samarahan, Sri Aman, Serian dan Betong. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan