Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengadakan lawatan tapak ke Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Laila Taib di Mukah, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Tebingan Mukah bakal menambah keindahan bandar

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 13 Ogos: Projek pembinaan Tebingan Mukah dijangka bermula pada tahun hadapan dengan kos lebih RM100 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek berkenaan akan dilaksanakan selepas kajian baharu mengenainya selesai.

“Kita akan menuntut semula kawasan pantai di tebingan ini tanpa menjejaskan penempatan sedia ada dan ia akan menjadi satu kawasan yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kampus Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, projek pembinaan Tebingan Mukah itu bakal mengubah landskap bandar Mukah agar lebih indah.

Menjelaskan mengenai kos, beliau berkata peruntukan asal bagi projek ini adalah RM100 juta dengan RM60 juta diperuntukkan untuk fasa pertama dan RM40 juta untuk fasa kedua.

Namun, Abang Johari menegaskan bahawa jumlah ini mungkin akan ditambah bagi menampung rekaan semula dan pengembangan kawasan tersebut.

“Landskap Mukah akan berubah sepenuhnya, khususnya dengan adanya tebingan ini yang meliputi hingga ke Sungai Tellian, kawasan yang sering kita gunakan untuk Pesta Kaul.

“Pesta Kaul nanti akan lebih menarik dengan adanya tebingan ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan