Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi. Foto hiasan Envato

Suspek tikam dua wanita di tandas surau berjaya diberkas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.

“Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan