Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar Wanita Sarawak, Sanong Kulchim, Pengurus Venue, Awang Azwan Awang Ahmad dan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar Lelaki Sarawak, Pang Sii Chuong. Foto TVS

SUKMA: Kem bola tampar Sarawak mahu sapu bersih dua pingat emas

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 13 Ogos: Kem bola tampar Sarawak melaungkan amaran awal kepada pencabar mereka untuk menyapu bersih dua pingat emas acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) ini.

Pengurus pasukan Dato Moh Wung Ming berkata, pasukan telah melakukan persiapan rapi sejak empat tahun lalu bagi mencapai matlamat itu.

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur jelas beliau, pasukan bola tampar lelaki Sarawak berjaya membawa pulang pingat emas manakala pasukan perempuan meraih gangsa.

“(Sebenarnya) pada 2022 kita menyasarkan untuk menang dua emas dan sudah tentu kali ini kita masih lagi mahu memburu dua kilauan emas itu.

“Ini bukan sasaran, ini adalah buruan.

“Pasukan kita telah berlatih bersungguh- sungguh (sehingga ada) pemain yang memilih untuk tidak melanjutkan pengajian kerana fokus kepada latihan bagi merealisasikan misi memburu emas pada SUKMA kali ini,” katanya ketika ditemui TVS di Dewan Bola Tampar Rejang Park di sini hari ini.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan bola tampar lelaki Sarawak Pang Sii Chuong juga melaungkan semangat yang sama.

Sii Chuong optimis pasukan kendaliannya mampu mempertahankan kejuaraan berikutan prestasi baik selain sudah berlatih lebih setahun.

“Pada Januari lepas kami mulakan latihan pusat di Sibu. Mereka sangat rajin dan mempunyai semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.

Sementara itu pasukan wanita juga turut meningkatkan aspek taktikal di bawah kendalian jurulatih dari Thailand, Sanong Kulchim bagi mencapai sasaran emas.

Menurut Sanong, berdasarkan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sepanjang latihan, beliau optimis mereka mampu merangkul kejuaraan.

“Saya lihat ada peningkatan ketara dalam permainan mereka. Saya yakin mereka sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi SUKMA ini malah mampu menjadi juara,” katanya.

Dalam pada itu Pengurus Venue Dewan Bola Tampar Rejang Park Awang Azwan Awang Ahmad memberitahu, lokasi tersebut telah mencapai 80 peratus persediaan bagi menerima kunjungan kontinjen bertanding.

“Hanya sedikit percaturan yang perlu diatur. Untuk ahli jawatankuasa (AJK) yang bertugas, kita telah bersedia dengan lebih 80 hingga 90 orang bagi membantu kelancaran pertandingan,” katanya.

Untuk rekod dewan tersebut mampu menampung sehingga 3,000 kehadiran penonton.

Acara bola tampar akan bermula pada Sabtu, 17 Ogos 2024 dengan menyaksikan pasukan lelaki Sarawak bertemu Pahang manakala pasukan wanita Sarawak akan bertemu Terengganu pada Ahad. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan