Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu dan Friday Belik merakam gambar kenangan bersama-sama pegawai dan atlet angkat berat SUKMA Sarawak 2024. Foto TVS

SUKMA: Betong sedia bersedia jadi tuan rumah acara angkat berat

BETONG, 13 Ogos: Bahagian Betong sudah bersedia untuk penganjuran pertandingan angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA)  Sarawak edisi ke-21 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada 19 sehingga 23 Ogos ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, setakat ini persiapan di venue tersebut sudah mencapai tahap 99 peratus menjelang hari pertandingan sebenar yang berlangsung nanti.

“Saya amat berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dilakukan pihak penganjur acara angkat berat di Betong, ” katanya ketika ditemui TVS selepas melakukan tinjauan akhir ke Dewan Sukan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai venue acara angkat berat SUKMA Sarawak 2024.

Ujarnya, Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan juga merupakan salah satu venue terbaik bagi penganjuran SUKMA kali ini dengan dilengkapi dengan kemudahan sukan bertaraf dunia.

“Dari segi venue dan persiapan saya rasa ini adalah salah satu daripada venue yang terbaik yang kita telah lihat dan dari segi aturan dan pengurusan pertandingan dan yang lain dan teknikal.

“Ini juga menunjukkan kawasan luar bandar juga mampu menjadi venue untuk acara sukan bertaraf tinggi,” ujarnya.

Acara angkat berat pada penganjuran kali ini mempertandingkan sebanyak 16 kategori dengan sebanyak 48 pingat keseluruhan.

Pertandingan akan berlangsung bermula pada 19 sehingga ke 23 Ogos ini juga melibatkan seramai 215 atlet dan pegawai.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Kontinjen bagi acara Angkat Berat Betong yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dan Presiden Persatuan Angkat Berat Sarawak, Christopher Romeo Tegong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan