Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Suami tak muncul hantar isteri kerja, rupanya jatuh dalam parit di kebun

BySaibi Gi

LAWAS, 13 Ogos: Seorang lelaki dijumpai meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam parit di kebun di Sg Arur, Long Tuma di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata mayat Ricky Siring, 56, dijumpai anaknya pada 7.40 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Anak mangsa kemudian menghubungi bomba yang menerima panggilan pada 8.28 pagi.

“Isteri mangsa mengarahkan anaknya untuk menjenguk mangsa di kebun kerana kebiasaannya, mangsa harus menghantar isterinya turun kerja.

“Setiba di lokasi, anggota omba mengusung mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa ke atas dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan.

Jurucakap itu menjelaskan, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa melawat kebun pada awal pagi untuk mengutip buah-buahan.

Setibanya di lokasi kejadian kawasan titi melintasi anak sungai, mangsa disyaki tergelincir terjatuh ke dalam anak sungai.

“Mangsa membawa bakul besar untuk menyimpan buah ketika melalui titi tersebut untuk dibawa pulang ke rumah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan